Satu aliran – 014 444 4444

https://0144444444.home.blog/2019/06/18/satu-aliran/

Advertisement

Jarang.

Assalammualaikum ..Slmt Pg2.. Slm sehati sejiwa.. Sedikit perkongsian Pg ni..

Jarang org menyesal kerana bersikap tenang,tapi kebanyakan org menyesal kerana bersikap tergesa-gesa.

Jarang org menyesal kerana diam,tapi kebanyakan org menyesal kerana bnyk berbicara.

Jarang org menyesal kerana berbaik sangka,tapi kebanyakan org menyesal kerana berburuk sangka.

Jarang org menyesal kerana jujur,tapi kebanyakan org menyesal kerana tidak jujur dan khianat.

Jarang org menyesal kerana jujur mengatakan tidak tahu,tapi kebanyakan org menyesal kerana merasa tahu padahal tidak tahu.

Jarang org menyesal kerana sabar,tapi kebanyakan orang menyesal kerana marah dan cepat emosi.

Jarang org menyesal kerana memaafkan,tapi kebanyakan org menyesal kerana menaruh dendam.

Jarang org menyesal kerana bersikap rendah hati,tapi kebanyakan org menyesal kerana sombong.

Jarang org menyesal kerana bersikap lemah lembut,tapi kebanyakan orang menyesal kerana bersikap keras dan kasar.

Jarang org menyesal kerana bersedekah,tapi kebanyakan org menyesal kerana hartanya hilang,tertipu dan sebagainya.